AMAL HATI & AMAL ANGGOTA, SATU IMBANGAN





Kata Imam Al-Banna bahawa :

“Aqidah itu adalah asas amalan, dan amal hati lebih penting dari amal anggota. Penyempurnaan kepada kedua-dua amal itu adalah tuntutan syarak walaupun berbeza martabat tuntutan antara kedua-dua amal tersebut”. (1)

Daripada kalam ini, kita dapat simpulkan kepada tiga elemen utama (2), iaitu:

1. Aqidah adalah asas amalan
2. Amal hati lebih penting dari amal anggota
3. Penyempurnaan kepada kedua-dua amal itu adalah tuntutan syarak

Aqidah Asas Amalan

Telah menjadi kebiasaan masyarakat kita berfikir yang menganggap bahawa aqidah apa yang ustaz-ustaz ceramah di masjid, mata pelajaran yang diajar di sekolah dan university, apa yang tok guru ajar di pondok-pondok dan anak murid bersila di hadapannya dan bagai-bagai lagi. Adakah itu Aqidah? Atau sekadar itukah yang kita faham tentang aqidah?

Aqidah adalah suatu keyakinan yang mendalam dalam hati, mempercayainya tanpa ragu dan syak. Aqidah adalah suatu yang hidup yang mengalir dalam urat nadi manusia hingga mengubah fikiran, rasa hati, tindakan dan sebagainya. Dalam erti kata lain ia adalah Iman. Aqidah Islam asasnya ialah iman kepda Allah swt. Kemudian barulah diikuti dengan rukun-rukun iman yang lain seperti perkara2 yang ghaib, rasul, hari kiamat, kitab dan lain-lain. Sebab itu kalimah syahadah perkara pertama yang menentukan dia muslim atau tak. Tidak guna kalau dia beriman kepada hari kiamat sedangkan dia tidak beriman kepada Allah. Tidak sah solat atau puasa sedangkan dia belum bersyahadah ((لا اله الاّ الله, محمد رسول الله)). Aqidah adalah pemisah antara Islam dan kekufuran. Spertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

وسَأَلَ مَيْمُونُ بْنُ سِيَاهٍ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رضي الله عنه فقَالَ : يَا أَبَا حَمْزَةَ ، مَا يُحَرِّمُ دَمَ الْعَبْدِ وَمَالَهُ ؟ فَقَالَ : مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا ، وَصَلَّى صَلاَتَنَا ، وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا ؛ فَهُوَ الْمُسْلِمُ لَهُ مَا لِلْمُسْلِمِ ، وَعَلَيْهِ مَا عَلَى الْمُسْلِمِ .

“Dan telah bertanya Maimun bin Siyah kepada Anas bin Malik r.a, telah berkata: Wahai Abu Hamzah (Gelaran Anas bin Malik), apa yang menjadikan haram darah dan harta hamba? Jawab Anas: Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, menghadap ke qiblat kita,bersolat seperti solat kita dan memakan sembelihan kita maka dia adalah Muslim, baginya hak kewajiban sebagai seorang muslim”. (3)


Aqidah dan iman berfungsi sebagai asas utama dalam agama. Di atas asas ini Nabi saw memikul risalah Islam ini berusaha menanam asas aqidah ini dalam hati sanubari para sahabat dan kaum Quraisys selama 13 tahun sebelum disyariatkan kewajipan-kewajipan seperti solat, puasa dan lain-lain. Sebab itu ayat-ayat Al-Quran ketika itu membicarakan mengenai keesaan Allah, ketuhanan, membanteras syirik, syurga neraka dalam rangka membentuk aqidah yang benar. Aqidah itu bukan sahabt para sahabat faham malah merasuk kehidupan menjadi orang yang luar biasa, generasi yang terbaik yang dii’tiraf oleh Allah dalam liputan sejarah.

Generasi awal Islam mereka telah mengorban harta dan nyama mereka untuk agama kerana mempertahankan agama yang mereka anuti. Kita telah membaca peristiwa perang badar tentera muslimin seramai 313 orang tanpa peralatan perang yang cukup bertempur dengan tentera musyrikin seramai 1000 orang beserta kelengkapan perang yang cukup. Kita juga pernah dengar tentang ahli sihir Firaun apabila mereka melihat mu’jizat nabi Musa a.s dan terus beriman dengan Allah, tidak berganjak iman mereka setelah dipaksa Firaun supaya kufur semula walaupun dipotong tangan dan kaki mereka bersilang. Ashab Al-Ukhdud yang dibakar dan ditanam hidup-hidup supaya meninggalkan agama Allah yang mereka anuti, langsung tidak berganjak. Ini semua kerana Aqidah dan Iman kepada Allah yang kukuh tersemat dalam hati sanubari mereka.

Hakikat Iman sebenarnya tidak boleh berkurangan dan berubah kerana ia membawa kepada kekufuran seperti beriman Allah sebagai tuhan, nabi Muhammad sebagai rasul, dan rukun-rukun iman yang lain. Dan tidak boleh beriman sebahagian sahaja daripadanya. Tapi berbeza dengan Thamaratul Iman (buah hasil keimanan atau sifat iman itu sendiri) kerana ia bersifat tidak tetap dan boleh berubah. Antara sifat iman ialah bertambah dan berkurangan. Bertambah dengan ketaatan iaitu amal soleh dan berkurangan dengan maksiat. Walaupun dia melakukan maksiat tapi hakikatnya dia tetap beriman cuma thamaratul iman –nya berkurangan bukan hakikat imannya.

Sesungguhnya iman kepada Allah itu ialah mempercayai dan meyakininya dengan hati, mengucapnya dengan lisan dan menterjemahkannya dengan amalan. Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya tidak mencukupi ketiga-ketiga unsur ini. Dan asas iman ini bermula di hati, hati adalah teras utama sebelum lisan dan amalan.


Amal Hati & Amal Anggota

Apa itu amal hati dan amal anggota? Kedua-dua amal ini ada positif dan negatif. Sifat positif bagi amal hati adalah seperti iman, tawakal, ikhlas. Dan negative bagi amal ini seperti hasad, riya’, nifaq. Manakala sifat positif bagi amal anggota seperti solat, puasa, zakat dan banyak lagi amal kebajikan yang lain. Negatifnya seperti makan riba’, zina, mengumpat. Inilah contoh kepada kedua-dua amal ini.

Sesungguhnya amal anggota adalah terjemhan dari amal hati. Dan paksi kepada amal anggota ini adalah aqidah dan iman kepada Allah swt. Amal hati lebih penting diambil berat berbanding amal anggota. Amal hati juga lebih bahaya sekiranya diabaikan berbanding amal anggota. Contohnya, seorang yang suka membantu dan berbuat baik kepda kita tapi hatinya ada perancangan jahat kepda kita atau ingin mengambil kesempatan atas kepercayaan kita. Tidak dapat tidak ini lebih bahaya berbanding kita dah tahu dia memang tidak baik. Tapi tidak sempurna keimanan atau amal hati melainkan amal anggotanya baik. Maka perlunya kepda keseimbangan antara kedua-dua amal ini.


Penyempurnaan Kedua-dua Amal Tuntutan Syarak

Tidak cukup bagi kita sekadar menyempurnakan salah satu dari kedua-dua amal ini. Sekiranya salah satu daripada tidak bagus, dia tetap membawa kemudharatan. Maka Islam amat mengambil berat terhadap kedua-dua amal ini dan mengimbanginya. Firman Allah swt dalam Al-Quran:






Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (tawakal). Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)”. (Surah l-Anfal: 2-4)

Daripada ayat ini, Allah menyebut tentang ciri-ciri orang yang beriman. Menghubungkan antara amal hati dan amal anggota. Amal hati dari ayat ini adalah hati gementar apabila disebut nama Allah, bertambah iman apabbila dibacakan ayat-ayat Allah, dan bertawakal. Inilah amal-amal hati yang dahulukan. Kemudian terus Allah menghubungkan dengan amal anggota iaitu solat dan infaq harta. Mengapa Allah menyebut solat dan infaq sahaja, tak sebut contoh-contoh yang lain? Para sarjana tafsir Al-Quran menyebut bahawa solat adalah contoh yang jelas bagi amal-amal yang berbentuk pergerakkan dan tenaga seperti puasa,haji dan amal-amal kebajikan yang lain. Manakala infaq adalah contoh yang jelas bagi amal-amal yang berbentuk perlaksanaan harta seperti zakat, sedekah dan lain-lain.

Mereka yang melaksanaka kedua-dua amal dengan seimbang maka mereka inilah yang benar-benar beriman dan memenuhi tuntutan iman seperti mana ayat 4 surah Al-Anfal:



Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)”.

Iman dan aqidah mesti dibina atas ilmu yang sahih, dibina di atas wahyu. Iman memerlukan didikan yang baik, memerlukan proses-proses yang boleh meyuburkan iman serta memerlukan usaha dan kesungguhan membentuk keimanan yang teguh kepada Allah swt yang perlu kita semua cari nescaya Allah akan beri petunjuk. Dia tidak hadir sekelip mata sahaja dan tiba-tiba. Firman Allah swt:
        

Maksudnya:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.
(Surah Al-Ankabut: 69)


------------------------------------------------------------------------------
Rujukan:
(1) Risalah Ta’alim, Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Usul ke-17 rukun Faham.
(2) Al- Fikru Al-Islami Al-Wasat (Pemikiran Islam pertengahan), Mustafa Muhammad Al-Tohan.
(3) Sahih Al-Bukhari, kitab Solat, no. 379.


No comments:

Post a Comment